Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri) RUU Perbekalan 2020 pada 5/11/2019
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyalurkan tabung bencana sebanyak RM17 juta semasa taufan lekima yang berlaku pada beberapa bulan lalu di mana mangsa-mangsa taufan ini di Pulau Pinang mendapat sebanyak RM2 juta.
Saya ingin mengetahui sama ada tabung ini ataupun Tabung Bencana Taufan Lekima ini sama ada pembayaran kepada mangsa-mangsa telah selesai dan lengkap dijalankan? Seperti yang kita tahu bahawa apabila berlaku bencana, kita lihat bahawa terdapat peningkatan dari segi jumlah peruntukan daripada RM15 juta untuk NADMA, meningkat kepada RM20 juta. Saya ingin mengetahui sama ada pelaburan ini ke atas aset emolumen dan juga perkhidmatan bekalan, bagaimana kita dapat meningkatkan lagi tenaga ataupun keaktifan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
Seperti kita tahu, bencana berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di peringkat ASEAN. Saya ingin mengetahui bagaimana NADMA apabila dijadikan satu nasional agensi untuk pengurusan bencana, bagaimana NADMA boleh bekerjasama di peringkat ASEAN di mana ada satu agensi dipanggil ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) kerana Malaysia telah menandatangani satu perjanjian bersama pada tahun 2011 di mana kerjasama peringkat rantau ASEAN ini diperlukan apabila berlakunya bencana di Filipina atau di Indonesia. Bagaimana NADMA akan digerakkan melalui AHA Centre sama ada peruntukan yang kita bakal luluskan hari ini sama ada mencukupi untuk NADMA bergerak bersama dengan AHA Centre untuk membantu bencana-bencana yang berlaku di peringkat ASEAN.
Selain itu, Butiran 050100 di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Saya ingin membangkitkan isu rukun tetangga. Saya meminta supaya rukun tetangga ini dapat dirombak semula kerana banyak aduan diterima bahawa rukun-rukun tetangga tidak dapat memainkan peranan yang sepatutnya.
Selain rukun tetangga, saya ingin juga menanyakan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status Jawatankuasa Promotion of Inter-Religious Understanding and Harmony sama ada jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang aktif untuk menjadi satu payung kepada persatuan-persatuan agama daripada Buddhist, Christianity, Hinduism, Sikhism dan juga Taoism kerana di bawah jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri ini, jawatankuasa di bawah Perpaduan ini sebenarnya perlu memainkan peranan yang aktif untuk berinteraksi dan juga menjadi satu payung kepada jawatankuasa-jawatankuasa keagamaan di negara ini.
Saya juga sering kali mendengar aduan. Baru-baru ini daripada Little Sister of the Poor daripada Pulau Pinang bahawa mereka menghadapi masalah apabila biarawati (nuns) yang memohon masuk ke negara kita untuk menjadi penjaga di Little Sister of the Poor, satu rumah orang tua yang menjaga orang tua secara melalui kebajikan. Akan tetapi, permit-permit biarawati ini menghadapi masalah di kementerian-kementerian sama ada JPN ataupun Kementerian Dalam Negeri. Saya meminta perkara-perkara seperti ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, jawatankuasa yang menjaga terhadap agama-agama selain daripada agama Islam ini perlu memainkan peranan yang aktif, perlu memainkan peranan yang proaktif supaya hak-hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan ini dapat dijaga dengan baik.
Selain itu saya juga ingin membangkitkan Butiran 060200 – Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Saya ingin menanyakan sama ada rang undang-undang yang baru kita luluskan National Anti-Financial Crime Centre (NAFCC) ini sama ada NAFCC Bil ini yang diluluskan sama ada akan diperuntukkan di bawah Bajet 2020 ini. Itu sahaja pertanyaan saya, terima kasih.
No comments:
Post a Comment